Tuesday, December 29, 2009

Wedding Anniversary 26 Dec 2006 - Ke Akhir Hayat.

Acara membatalkan air sembahyang

Majlis Nikah 25 Dec 2006

Dihari persandingan 26 Dec 2006

Singgahsana dihias seri

Terlambat ibu buat entry ni...Gara2 ibu cuti dan bawak 'Aina Umairah balik kampung seminggu...heh! Seronok anak ibu dapat main2 ngan makcik2 dan uncle2 dia kan...

Ok berbalik pada tajuk entry...Alhamdulillah, masuk tahun ke-3 kami melayari bahtera rumahtangga. Masih terbayang2 saat2 diijabkabulkan tatkala membelek2 semula gambar2 perkahwinan Ibu dan Ayah...

Sebagai mengabadikan kenangan itu, ibu post kan gambar2 terpilih untuk tatapan di kemudian hari...

"Abang, selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3...moga kebahagian milik kita selamanya..."(chewahh!!!)

Peristiwa besar yang terjadi di bulan Dec dalam keluarga kami:

25 Dec 2006:kami diijabkabulkan

26 Dec 2006:hari persandingan

11 Dec 2007: hari kelahiran puteri sulung kami 'Aina Umairah

Dec 2009: perkhabaran berita gembira, 'Aina bakal jadi Kakak...(Amin...)

Wednesday, December 16, 2009

'Aina 2nd bday Bash...

Lama sungguh tak berceloteh kat sini rasanye...

Tebal dah sawang kat blog ibu ni kan 'Aina.

Ibu nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat anak ibu yang tercinta

'AINA UMAIRAH MOHD AZUAN
DOB: 11 DEC
GENAP 2 TAHUN

'Aina tiup lilin sampai 2 kali ye sayang...sekali di Cheras dan kali kedua di Beranang, umah Nenda & Tok Ayah. Seronoknye anak ibu main belon ngan Pak Su, Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Cik, Mak Teh ngan Pak Boy kan...
Ibu ngan ayah bg hadiah Montessori Alphabet Set for 'Aina
and
Aunties & Uncles give Minney Mouse plak kat 'Aina...

Update sket perkembangan anak ibu yang cerdik ni:

1) dah pandai nyanyi lagu burung kakak tua ngan buai laju2

2) dah pandai cakap nak ikut g jenjalan bile ayah pegang kunci

3) dah pandai bukak cloth diaper sndiri

4) dah pandai poo poo kat toilet

5) dah kenal number 1 sampai 10

6) dah boleh berlari laju

7) dah mula makan banyak (hahaha ibu suke...!)

8) dah mula mudah mesra ngan orang (bergantung pd orang tu gak...kalo 'aina rasa leh ngam, lg cpt dia ok)

9) dah banyak celotehnye...(demam seminggu nak pandai cakap rupenye...)

10) gigi taring 4 batang sume dalam proses nak tumbuh (yang lain dah selamat tumbuh...)

11) dah pandai gosok gigi

12) paling suka bile dapat pen (abes sume buku bergambar dia conteng...)

13) mmg suka menari bile dgr muzik

14) pandai tekan remote nak tgk tv

15) dah kurang bf ngan ibu (bab ni ibu ada rasa sedih sket...,mungkin nak bg laluan pada adik dia kot...)

banyak lg perkembangan si kenit ni...tak larat ibu nak taip semuanye...

Saturday, October 10, 2009

Potty Traine...

Salam uolls...Lama betul rasanye tak wat entry kat blog ibu ni kan...Asyik bz dengan keje2 opis dan juga bz ber'fb'...sampai bersawang blog ibu yang satu ni kan...
Yang sebetulnya ibu nak citer pasal sesi POTTY TRAINE anak dara ibu, 'Aina Umairah. Sblm tu kita tengok betul2 gambar2 yang kat atas tu ye...
Dua2 tu gambar anak dara ibu...Betul ke...???
Hehehe...actually gambar 'Aina yang kat atas pakai walker tu je...
Abes, yang tengah senyum2 hisap botol ni sape plak...???
Serupa ke muka dia eh...So far, ramai yang cakap serupa taw!
Yang bawah tu gambar Auntie 'Aina...nama dia Auntie Shasya...Uhuh!!!Glamer nama auntie 'Aina kan...?
Muka depa ni memang la seiras. Sama la dengan muka ibu yang seiras dengan muka nenek 'Aina, iaitu Mama pada auntie Shasya tu...tak perlu la tepek gambar mommies dia kan...tepek gambar anak2 udah la ye...

Ok now, berbalik pada citer sesi POTTY TRAIN anak ibu ni...Hari ni Sabtu,10 Oct 2009, ibu kan tak keje...so mmg dah niat dah ajar 'Aina sejak minggu lepas lg...So pg2 lg ibu dah mulakan sesi training nih...
Alhamdulillah, so far sejak pagi td 'Aina belum lg terbabas poo poo or pee pee walaupun ibu tak pakaikan 'Aina CLOTH DIAPER yang kiut miut tuh!
Sejak pg dalam 1 jam sekali ibu dok bongkok2 bawak 'Aina pi toilet suruh shi shi...hehehe!sampai lenguh la kaki ibu duduk ala2 nak shi shi gak...
tapi 'aina tak gak shi shi...mungkin mmg anak ibu ni belum nak shi shi kan...
so dalam kul 2,lepas makan 'aina da mula nangantuk dah...
so ibu pakaikan gak CD kat 'aina. takut dia terkucil dalam tido...heh!
So, credit to anak dara ibu yang dah separuh hari berjaya tak poo poo or pee pee kat lantai suci ibu tu kan..ngeh3x..!

So far, untuk poo poo 'aina mmg takde masalah. Sejak 2 hari lepas , 'aina da pandai poo poo kat toilet dah...heheh!Cayalah anak ibu sama ayah ni kan...cepat pandai ye sayang...!

Kita concentrate training pee pee plak ye sayang...

Friday, September 18, 2009

"Cute Sleeping Baby Contest"

Salam Ramadhan pada semua...Ni 1st time Ibu nak join CONTEST tau...Wish me Luck ye...

Entry kali ini istimewa Ibu buat sempena dengan contest yang Puan Baiti anjurkan tau; "Cute Sleeping Baby Contest."

Contest dianjurkan bersempena dengan Ulangtahun Kelahirannya yang ke-26 September ini.

Apa yang Ibu suka pasal blog Puan Baiti ialah bab PENGETAHUAN tu. Kenapa yang tu...?

Info yang menyeluruh dari bab keibubapaan, keagamaan, hiburan, kisah2 melibatkan baby(Ini adalah disebabkan Puan Baiti ini amat menyukai baby tau...heh), dan juga motivasi.

Ok, sekarang tibalah masanya kita layan gambar anak Ibu tido ye...

Pening paler Ibu nak tepek gambar yang mana satu...Last2 Ibu pilih yang ni ye

Ni lah dia gambar yang Ibu pertaruhkan untuk contest yang Baiti anjurkan ye. Harap Baiti berpuas hati dengan gambar yang Ibu dah pilih ni...

Nama Baby: 'Aina Umairah Mohd Azuan

DOB: 11 December 2007

POB: HUKM Private Wing

Nama Ibu: Mardiana Alias

(Masa ni pagi2 Ibu nak pg keje dah. Siap2kan Si Cilik ni untuk ke nursery plak...)

Saturday, August 22, 2009

10 Mitos penyusuan susu ibu

Selamat pagi semua dan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak...Sebenarnya ibu ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Keluaran Pa&Ma, September 2009 tentang mitos pengusuan susu ibu. Teruskan membaca ye...

Sebenarnya tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yang mengelirukan para ibu terutamanya yang baru pertama kali menyandang gelaran itu. Ikuti 10 MITOS popular yang dibariskan oleh penulis HASNITA SAWAL.

1) Kebanyakan wanita tidak menghasilkan susu yang cukup
Tidak betul! Majoriti wanita mengeluarkan lebih daripada cukup susu untuk bayinya. Bahkan jumlah susu yang terbuang adalah biasa. Kebanyakan bayi yang bertambah beratnya terlalu perlahan atau kurang berat, bukan bermakna ibu tidak mempunyai susu yang cukup tetapi kerana bayi tidak mendapat susu yang dimiliki oleh ibu.
Alasan biasa bayi tidak mendapat susu kerana dia tidak melekap dengan betul pada payu dara ibu. Oleh itu, amat penting untuk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan yang betul semasa menyusu dari mereka yang pakar.

2) Tiada susu beberapa hari selepas bersalin
Alasan! Ia memang perkara biasa kerana bayi tidak melekap betul pada payu dara dan pastinya dia tidak dapat susu. Ada ibu yang merungut "Dia dah menyusu hampir dua jam tapi masih menangis lapar bila saya melepaskannya"
Malang sekali akibat kedudukan yang salah, bayi anda tidak mendapat susu awal iaitu kolostrum. Sebenarnya pada hari-hari pertama kelahiran, payu dara anda tidak akan mengeluarkan susu yang banyak. Yang hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal yang pekat yang mengandungi antibodi kepada bayi.
Lakukan perahan tangan jika anak tidak berjaya menyedut terus dari payu dara. Kemudian sudukan padanya kolostrum berkenaan. Sesiapa yang mencadangkan anda mengepam susu untuk mengetahui berapa banyak kolostrum yang keluar sebenarnya tidak faham tentang penyusuan!

3) Bayi perlu berada selama 20 minit tiap payu dara
Ia tidak betul. Bagaimanapun, perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payu dara' dan 'menyusu'. Jika bayi minum kira-kira 15 -20 minit pada sebelah payu dara, ia mungkin tidak mahu menyusu di sebelah lagi. Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payu dara yang awal, kemudian hanya menggunggis atau tidur, serta melakukan perkara yang sama bila bertukar pada sebelah lagi payu dara, maka tiada jumlah masa yang cukup boleh ditentukan.
Bayi boleh dibantu menghisap lebih lama apabila ibu menekap payu dara untuk membolehkan aliran susu lebih lancar, bila bayi tidak menelan dengan sendirinya. Jelas sekali, peraturan 'bayi mendapat 90% susu dalam masa 10 minit pertama menyusu' adalah tidak betul sama sekali.

4)Bayi yang menyusu badan perlu minum air masak
Salah! Susu ibu mengandungi semua kandungan air yang diperlukan oleh bayi.

5) Bayi yang menyusu perlu tambahan Vitamin D
Tidak betul, kecuali dalam kedaan yang luar biasa (contohnya, jika ibu sendiri kekurangan Vitamin D semasa hamil). Bayi menyimpan Vitamin D ketika dalam kandungan dan sedikit pendedahan di luar rumah memberikan bayi cukup Vitamin D.

6) Ibu perlu cuci puting setiap kali hendak menyusukan bayi
Bayi yang menyusu susu formula memerlukan penjagaanterperinci dalam soal kebersihan kerana ia tidak melindungi bayi daripada jangkitan, tetapi tempat terbaik membiak bakteria dan mudah dicemari. Sementara itu, susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan. Membasuh puting sebelum menyusukan membuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan darip puting.

7) Mengepam cara terbaik mengetahui berapa jumlah susu dimiliki
Berapa banyak susu yang boleh dipam bergantung kepada banyak faktor termasuk paras tekanan si ibu. Bayi yang menyusu dengan baik memperoleh lebih banyak susu berbanding yang dipam oleh ibu.

8) Wanita yang hamil mesti menghentikan penyusuan
Sekiranya ibu dan anak masih mahu, penyusuan boleh diteruskan. Ada wanita yang masih terus menyusukan anak yang tua walaupun selepas melahirkan bayi. Kebanyakan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila dia hamil kerana puring berasa sakit atau atas sebab-sebab lain tetapi dari segi perubatan tiada sebab untuk tergesa-gesa menghentikan penyusuan. Pengeluaran susu mungkin berkurangan ketika hamil, tetapi jika bayi anda sudah makan makanan pejal, ia biasanya tiada masalah.

9) Jika bayi cirit-birit atau muntah, ibu perlu menghentikan penyusuan
Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susu ibu. Hentikan makanan lain buat sementara tetapi teruskan penyusuan. Hanya susu ibu yang dikehendaki oleh bayi apabila diserang cirit-birit atau muntah-muntah kecuali sebab-sebab lain. Bayi lebih selesa dengan penyusuan berbanding menggunakan oral dehydrating solutions semasa diserang cirit-birit atau muntah-muntah.

10) Lebih mudah menyusu botol berbanding susu badan
Ia sememangnya tidak betul. Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bagi sesetengah wanita kerana dia tidak memulakan dengan betul. Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yang teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.

INFO TAMBAHAN
Jika ibu ada jangkitan seperti demam, batuk, muntah, cirit-birit, dia masih boleh meneruskan penyusuan kerana perlindungan terbaik bayi daripada dijangkiti adalah terus menyusu susu ibunya.

SEMOGA ENTRY INI DAPAT MEMBERI MANFAAT DAN JUGA MEMBINA KEYAKINAN PARA IBU UNTUK MEMBERIKAN HAK PADA SETIAP BAYI-IAITU MEMBESAR DENGAN SUSU IBU.

Friday, August 14, 2009

mydearshoppe...

Alhamdulillah, kira2 da sebulan lebih mydearshoppe online store dibuka. Di sini ibu nak ucapkan banyak2 terima kasih dari lubuk hati ibu yang paling dalam kepada para pengunjung mydearshoppe dan juga jutaan terima kasih kepada para pembeli CD luna yang telah membuat keputusan bijak untuk mencuba CLOTH DIAPER LUNATOTS. Sesungguhnya kalian telah memberi yang terbaik untuk Si Cilik. Dan juga telah menyumbang sedikit sebanyak kepada semangat HIJAU kan bumi kita...
Pada pengunjung yang pernah melawat personal blog ibu ini, dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CLOTH DIAPER serta bercita2 untuk mendapatkannya, boleh la singgah ke mydearshoppe online store ye. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak pengetahuan tentang cloth diapering.

salam sayang dari saya,
Mardiana Alias
http://mydearshoppe.blogspot.com
mydearshoppe@yahoo.com
YM: eye_diana
012-9306501

Monday, July 27, 2009

'Aina and her Cds...

Last weekend ibu cadang nak masuk satu contest CD yang ade kat blog kawan ibu...So ibu pun siap2 kan la Si Cilik 'Aina ni canteks2 dan pujuk 'Aina posing elok2 depan kamera. Tapi, malangnya ibu tak sempat nak join the contest dek kerana jadual ibu yang terlalu ketat sehingga tak memberikan ibu peluang langsung nak ikut syarat2 yang telah ditetapkan untuk turut serta dalam contest tersebut. Mintak maaf lah ye tuan kedai a.k.a mamapayish atau nama manja yang ibu selalu panggil....LINDA LAM...

Tapi kalians boleh la layan gambar 'Aina yang sekeping ni ye...Gara2 Si Cilik ni yang pantang nampak kamera. Payah nor nak pujuk dia dok diam2 depan kamera tau kalians...

Taaaraaaa...!!!!

Thursday, July 23, 2009

Wish me luck...

Sure kalians pelik baca tajuk entry kali ni kan...Hari ni ade game volleyball. Opis punye la kan...Lawan antara rumah2...heh! Macam zaman2 skolah plak kan...Aku ni memang muka rumah biru agaknye kalians. Sbb sejak aku skolah rendah, tak penah dapat umah lain. Sumenye RUMAH BIRU. Kebetulan masa keje pun dapat umah biru gaks...heh!
GO BLUE TEAM GO!!!
Betapa aku nervous nak g main bola tampar nih...Boleh tak aku perform ni...Lagipun hari ni kesihatan aku tak bape baik. Demam and sakit paler...Uwaaa!!!Jangan la jadi pape masa nak main nnt.
Meh aku citer sket camne memula aku boleh main bola tampar ni ye kalians...Actually masa aku skolah tingkatan 3 or 4 (ntah...aku pun dah lupe) baru aku berjinak2 main bola tampar nih. Sebb ape sebelum tu aku tak minat...Sebb aku tak reti camne nak serve la...Memang buta main bola tampar nih...Satu hari tu, masa subject Pendidikan Jasmani kat skolah SMKAKS, aku mintak cikgu ajar camne nak serve. So bile da pandai serve baru la aku nak main bile orang ajak. Kalo tak, aku wat dunno je...heheh! Kalo suruh main bola jaring ke, badminton ke, lumbe lari ke cepat je aku nak join. tapi kalo suruh main bola tampar...jangan harap la aku nak main selagi aku pandai serve...heheh. Itu la sejarahnye kalians.
So, bile ade game bola tampar kat opis ni, memang la aku nak join. Konon2 mcm terror sangat lah ni...hahaha!Padahal aku memang la tak terror pun. Setakat pandai serve n boleh dig bola sikit2...Nampak mcm terror tu pun, sebb ade gak opismate yang memang zero knowledge pasal bola tampar nih...ngeh 3x!
Kalians tolong doakan umah aku menang tau...Ok, once again, selamat berhari minggu!

Wednesday, July 22, 2009

# TAG ANAK #

Ni first time nak jawap tag...Penat da KEM, ERNA and LINDA nak bagi aku tag. Sebbnye tak penah nak jawap. Sowi ye kalians... Tag ni dapat dari KEM (kawan aku masa praktical n keje kat ALJEFRI dulu...housemate masa zaman anak dara gaks...)

Meh la kita layan tag ni ye:

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak dan nyatakan Boy or Girl?
Alhamdulillah, baru ade seorang puteri

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Insya allah 2009 or 2010

3. Nyatakan nama anak anda & nyatakan makna nama anak anda dalam Islam.
'Aina Umairah - 'Aina = bermata cantik
Umairah = permaisuri

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Ibu 'Aina la...sape lagi, my lovely hubby pun kata sedap n chanteks nama tu...heh

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Masa kat opis ,masa nulis2 kat whitebord (cenggini ke eja dia eh...).Masa tu baby lom lahir lagik

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang anda akan beri?
Ermmm...belum terfikir lagi la

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda.
Soklan ni aku lom layak nak jawap meh...

8. Untuk kelahiran yang akan datang...anda nak girl or boy dan nyatakan sebabnye
Tak kisah boy or girl.

9. Ape ciri2 persamaan anak dan anak anda
Ape yek...ade yang kata sama tang mata...tapi yang jelasnye dua2 sukakan muzik, pantang dgr sure takleh dok diam...heh!

10. Upload gambar anak anda untuk tontonan rakan blogger
Taraaa....ni lah gambar Si Cilik...'Aina Umairah Mohd Azuan

Thursday, July 16, 2009

" I Love You..."

Mood romantik plak tajuk entry ku di hari Jumaat ni kan...Hehehe! 'Aina Umairah da pandai sebut I LOVE U! Kelakar masa mula2 nak ajar 'Aina sebut. Sebb ibu ajar eye tu mata...So, bile ku sebut I je...dengan tak semena2 'Aina tunjuk mata dia...Aduss...gi mana sih! Mana bisa nak ku katakan salah, kerna jawapan 'Aina tu sudah betul...Eye= mata and I=saya...
Puas ku kerah idea camana nak ajar Si Cilik tu sebut I LOVE YOU...jadi atas ajaran ibu senior di opisku, dia cadangkan sebut skali dengan gaya. So that, 'Aina takkan keliru antara eye=mata dengan I=saya...jadi bermula hari pembelajaran Si Cilik...
I=silang dua tangan kat dada
LOVE=buat bentuk love dengan 2 jari telunjuk
YOU=arahkan 2 belah tangan ke arah hadapan
Guess what...?'Aina dengan mudahnye ikut ape yang ibu ajar...Tapi masih dalam bunyi yang blurr...Heh!Takpe kan, yang penting the main idea 'Aina da dapat tangkap...So now, hari2 dok sebut...I LOVE YOU skali dengan gaya2 dia...Tapi susah sket nak letak video 'Aina buat gaya tu.Sebab dia pantang nampak camera...Kompem takkan dapat amik gmbar punye.
Tgk la next entry, kalo dapat ku amik gambarnye...akak ku tepekkan di ruangan celoteh ku ini ye kalians...
Selamat Berhari Minggu...

Monday, July 6, 2009

Camne nak handle CD ni...

Erm...dari mana saya harus mulakan ye...saya cube ceritakan pengalaman saya sedari CD lunatots selamat tiba di office saya pada 11 Januari 2009 yang lepas. Betapa saya teruja bila tengok CD yang pelbagai warna tu...Seakan tak sabar nak pakaikan kat 'Aina...(ibu yang overexcited nih...)

Tapi bak kata Sue, kena prewash dulu CD nih at least 2 kali sebelum guna tau...Ape benda prewash ni...Basuh CD tanpa sabun, spin dan jemur dulu...Ini untuk menentukan saya mendapat kadar serapan yang terbaik semasa menggunakan CD kelak...Saya segan lak nak tepek gambar camne saya jemur CDs tu...(dalam keadaan rumah yang agak2 berselerak kan...)heh!

Sesudah habis tempoh prewash, saya pun mula la pakaikan CD pada 'Aina. She is so sweet tau kalians. Hari2 saya bekalkan 4 keping CD satu insert untuk 'Aina ke nursery...Hijau, kuning dan merah antara warna CD 'Aina...(3 warna je...?Sue sudah kehabisan stock masa saya order 5 keping CD 1 insert dan 5 keping CD 2 insert...)Saya siap pesan tak payah basuh ye lampin ni, lipat elok2 pastu letak dalam beg kaler oren yang bercerut tu ye"...Hari pertama, memang kakak tu agak rajin. Sebb dia siap cuci CD 'Aina..heheh!Jadi hari pertama saya agak 'clear' sbb tak perlu sental2 manja nak basuh CD tu...

Rutin selepas balik dari kerja, saya akan kelam kabut besihkan dapur, masak nasi, masak lauk...(alah yang simple2 je pun), angkat kain. Lepas tu saya mulakan la projek sental2 manja CDs 'Aina tu...Soalan yang selalu kawan2 saya tanye...senang ke nak hilangkan kesan stool???Jawapan saya, senang je...Cume jirus dengan air untuk buang stool dalam toilet bowl dan mulakan la sental2 manja kalians tu. Lepas tu masukkan je dalam washing machine. Lepas spin, kalians jemur je bawah kipas...(seelok2 nye jemur bawah cahaya matahari...)tapi sayakan wanita yang masih berkerjaya kalians...balik rumah pun dah nak malam. Jadi ape saya buat, saya jemur CDs tu bawah kipas angin. Cuma waktu cuti sahaja CD 'Aina akan bertemu dengan cahaya matahari...

Esoknye, pagi2 lagi saya dah celikkan mata. Buat rutin2 biasa waktu subuh...(termasuk' meng'iron' baju my dear hubby), sediakan bekal makanan 'Aina ke nursery dan lepas itu saya akan lipat CDs yang dijemur di mlm hari, untuk dibawa ke nursery...

Begitu penuh jadual saya sebagai seorang ibu yang memilih untuk menggunakan CD pada anaknye...Tapi hati saya puas, sebb tak perlu membeli disposable diaper setiap bulan. Cume perlu bayar bil air bulan2 dan beli sabun yang paling murah di pasaran...(sila pastikan anak anda tidak alah pada sabun murah tersebut ye...saya gunakan pencuci TOP sahaja).Juga saya tak perlu risau dengan kesan bahan2 kimia yang ade dalam disposable diaper ke atas anak saya, 'Aina Umairah. Malah sampah di rumah saya pun dapat dikurangkan tau kalians...

Fuh, selesai sudah karangan saya ini kalians. Sungguh saya pening nak susun ayat2 ni...(harap maafkan saya jika ade yang terbelit2...heh!, saya memang takde bakat dalam bidang penulisan)

Sunday, July 5, 2009

Update tentang cloth diaper...

Cloth diaper...?Camne ye nak guna benda alah ni...Tak leceh ke...?Ni la antara persoalan yang lahir dalam kepala aku masa memula amik keputusan nak guna CD...yelah tak pernah try dan takde exposure kata orang...hehehe!Tapi bile dah beramas mesra dengan CD baru la aku akui banyak kelebihan/kebaikan dari kekuragan/keburukan menggunakan CD ni...antaranye:

1) Lebih sihat...kenapa aku kata lebih sihat? Sebb CD adalah lampin kain moden yang materialnye takde bahan2 kimia/toksik sepertimana yang terdapat dalam Disposable diaper (DD).Malah Si Cilik 'Aina Umairah lebih ceria sejak menggunakan CD ('Aina guna Lunatots CD tau kalians)

2) Lebih jimat...'Aina mula guna CD masa umo dia setahun sebulan. Dan sejak itu aku tak pernah lagi ke kedai untuk beli DD.Mudah kan kalians...Cume beli sekali dan boleh guna berulang2 kali...heh!Dalam masa 5 bulan dah balik modal masa aku memula beli CD. Teringat soklan hubbyku..."abes ayang, kita takyah la beli pampers ye lepas tuh...?"

3) Mesra alam...ape plak kena mengena CD dengan alam sekitar? Banyak kaitannye kalians...Sampah kat rumah aku pun dah berkurang lepas guna CD...Bahan buangan plastik memakan masa yang sgt lama untuk terurai. Jika kurang kita membuangnye, maka lebih selamat la alam sekitar kite...

4) Gaya baru...huhuhu!CD adalah ciptaan terkini dan selamat. Takde la boring kan sebb CD ade banyak warna...Isnin guna merah, Selasa guna biru, Rabu guna hijau, Khamis guna oren, Jumaat guna merah jambu, Sabtu guna putih dan Ahad guna ungu...Fuh, ade lebih tujuh warna nak pilih ni...Kalo pakai DD tak boleh nak pilih2kan kalians...

Erm...jadi apa tunggu lagi kalians...Masih ragu2 nak guna CD ataupun tidak?Ade ape soklan ke nak tanye...kalo ade utarakan soklan anda ke email kami:
mydearshoppe@yahoo.com

Dah buat keputusan untuk guna CD? Meh le ke kedai kami:
mydearshoppe.blogspot.com

Teruja...

Salam kalians...rentetan dari rintihan hatiku nak buat bisness sendiri...Maka lahirlah online store kami; mydearshoppe.blogspot.com yang secara rasminye dibuka pada 4 Julai 2009. Kami bermula dengan menjadi wakil jualan bagi Lunatots Cloth Diaper.

Malam tadi bergegas kami sekeluarga ke Lunatots showroom untuk amik stok pertama mydearshoppe. Fuh, dalam hati tuhan je yang tahu macamane. Sebb ade mcm2 rasa, gembira, teruja, takut pun ade...Bermula satu langkah lagi dalam hidup kami sekeluarga...(aku harus bersedia dgn cabaran baru nih...)Doakan kami ye kalians...tanpa sokongan kalians siapa lah kami kan..

Wednesday, July 1, 2009

Assalamualaikum...

Good morning kalians...So far mood ku dalam keadaan baik. Buat keje setakat mana yang mampu. Tak nak paksa2 nnt migrain datang...Huhuhu!Dah lama tak amik pain killer, tak baik untuk buah pinggang, kata doktorku...Actually banyak deadline nak kena meet, tapi ku buat tatau je, tak larat la nak buat sume2 tu. Kan best kalo ade 'superduperhero' yang boleh tolong selesaikan sume kerja2 ku yang tak penah surut nih...Bile la boleh nak benti keje nih. Hajat dihati nak buat bisness sendiri, tgk la rezeki tu ade di mana2 kan, sama ada cepat atau lambat je. Hmmm, ku seronok tgk anak2 muda yang amik keputusan benti keje makan gaji sebb nak buat bisness. Memang ku salute/tabik spring kat depa tuh!Yelah, macam2 jenis bisness skarang ni. MLM pun macam2 product kat market, cume kite je kena bijak memilih yang terbaik. Online shop pun tumbuh bak cendawan skarang nih...bagus2 teruskan usaha kalians untuk jadi usahawan berjaya...doaku mengiringi perjalan bisness kalians. moga2 satu hari impianku juga akan jadi kenyataan...(adus, pagi2 lagi dah mencurah perasaan nih...)

Monday, June 15, 2009

Berkobar2...

Huhuhu...tengah semangat berkobar2 nih kalians. Sebb hari ni ade Badminton Friendly Match; Tradewinds Corp vs Zelan Corp. Berdebar2 pun ade gak rasanye nih. Match pukul 6 petang sampai 830 malam kat Stadium Badminton Cheras... Wah, tak tahan tu venue dia!Nampaknye terpaksa la my lovely hubby balik awal to pick up cik 'Aina from nursery and pastu datang stadium jenguk ibu main.Heheh!Hopefully, game hari ni berjalan lancar. Amin...

Thursday, June 4, 2009

Melentur buluh dari rebung...

Antara collection buku2 Si Cilik...Setakat ni, 'Aina dah tau bunyi and kenal beberapa jenis animals. Seronok tgk dia belek2 buku ni n sebut satu2 benda yang dia dah tau...Kalo ibu ajar new words, 'Aina siap tgk mulut ibu, nak tgk macamana nak sebut agaknye ye...Heh!

"Bu, ape ni...?"Hehehe...punye la excited dengan benda ni. Mesti 'Aina ingat permainan ye...Siap bebel2 anak ibu ni nak suruh buka. Tggu 'Aina besar sket nnt ibu buka n kite blaja sama2 ok dear...

Tak puas lagi tengok...Actually masa ni we all nak keluar. Tapi 'Aina buat tak tau je sebb leka dok tgk 'permainan' baru dia ni...

Actually beli masa 2009 Book Fair at PWTC. Murah je beli masa book fair, dapat 70% discount...Hehehe, apelagi cepat2 ibu n ayah beli untuk 'Aina.

Wednesday, June 3, 2009

Makan sendiri...

Sibuk nak suap sendiri...Takpe ibu layankan je si kenit ni. From 100% ade la dalam 20% je yang masuk mulut 'Aina...Selebihnye kalians boleh agakkan...kih...kih...kih! Pada kengkawan ibu mesti mcm penah nampak je saprah a.k.a kain alas makan 'Aina tu kan...kan...kan...??? Dengan selamatnye menjadi kain alas masa si kenit ni makan...Sambil makan sambil mengadap TV. Bertuah betul anak ibu ni.

New laptop...

Wah...dah beli laptop baru nih!Bukan untuk ibu la...'Aina punye laptop yang sebenarnye. Nampak tak tu 'Aina siap sengih2 tekan keyboard laptop dia. Sibuk dok kacau ayah wat keje. So ibu belikan la laptop untuk 'Aina masa office ibu wat Sogo Trip. Tak sempat pun ibu nak jenjalan cari barang untuk diri sendiri. Masa suntuk sgt. So kalians, layan la gelagat si kenit ni bersama laptop barunye ye...

Tak layan dah ibu panggil suruh posing ngan laptop...Tapi mouse ibu sorok ye sayang. Nnt 'Aina buat bola baling plak nnt. Heh! Bagus laptop ni banyak boleh belajar...sume in English. Blaja alphabets, numbers, words, melody and ade simple game fot toddler umo 3 yr ++

Wednesday, May 27, 2009

Jenjalan...

Lepas tgk ibu main badminton kita pegi makan kat Sri Hainan Cafe, Shah Alam (betul kena nama restoran nih...?) 'Aina nak belanja ibu, ayah n ayah su makan tau!. Seronok la tu ye, sampai nampak gigi 'Aina kan kalians...

Aloha...!Yeay...ni la dia gambar 'Aina dah pandai jalan. Lambatnye ibu upload gambar ye sayang...Masa ni ayang tengah sibuk carik parking. Ibu sibuk dok amik gambar 'Aina terkedek2 jalan. Ibu ade badminton tournament kat PJ. So ayah kena la jd babysitter sekejap...Thanks to my dear hubby. Love you abang!

Tuesday, May 26, 2009

Seharian di Time Square...

Cepat la ayah n ibu...!'Aina da siap nak g Time Square nih...Lambat la ibu ni siap...

Ibu dengan uniform Rumah Biru...baru abes Bowling Tournament kat Time Square...Heh!

Tgk tu kalian...Sibuk dia nak minum pakai straw!Actually 'Aina belum diberi lampu hijau oleh ibu, nak minum air gas ni...So, yang tu actian je sbb air dia da abes ibu minum.kih...kih...kih...!

Excited 'aina tgk roller coaster...Heh!Tak berani la ibu nak bawak 'Aina naik. Nnt da besar sket la kot ye...Becok mulut si kenit ni bile di bawak jenjalan...Siap tunjuk sana sini.Penat ayah layan 'Aina...

Auntie Anne - Swim Mate

Bagus tau baju ni, sebb 'Aina akan sentiasa float. Tapi memula ni ayah or ibu kena la pegang, sebelum 'Aina pandai balancekan paler and body...

Entry ni khas untuk kawan ibu, Auntie Anne yang supply swim mate untuk 'Aina ni...Nampak tak kalian, baju renang 'Aina kaler kuning tu...Seronok dia berenang ngan ayah ye...Heh!

Wednesday, April 22, 2009

Buggy...

Cutenye buggy ni kan...berangan ibu nak belikan untuk 'Aina.Hehehe...

Saturday, April 18, 2009

Cuppies for mak ngah

YUMMY...!Sedapnye...sebelum ibu sponsor untuk mak ngah, kena la test rasa dia dulu kan...Memang sedap n chanteks cupcakes ni. Takde la mahal sgt rasanye...cupcakes (tak termasuk hiasan atas kotak) and delivery charges dalam RM90 je...thanks to ANIS BAKERY for the sweet cuppies.

Hai...

Jeng...jeng...jeng!Ni la chinta hati ibu n ayah...dah besar dah erk. Terlindung plak toncet 'aina. Susahnye nak ikat rambut dia. Berpusing2 paler tak kasi ibu ikat rambut. Bukan ape, takut tercucuk mata sayang...Nampak tak tanda merah kat tengah2 antara mata tu...abes kena gigit nyamuk bile balik beranang...masa ni tatau plak ade 'anti mosquito patch'...kui3x!

Tok Ayah tengah nyanyi...

Kalian...ni la Tok Ayah 'aina yang tengah khusyu' nganyi lagu jamal abdillah...Ape ke tajuknye da lupe lak...Tok ayah memang suka nyanyi...sampaikan majlis bertandang pun blasah je nyanyi kan...heh!Tapi suara Tok ayah memang power...mendayu2 tau. Family ku memang sume suka nyanyi...Tapi sume malu nak nyanyi in public. So masa mlm nikah angah ni blasah nyanyi cukup2.

Shomotnye 'aina

Ya Allah, shomot betul anak ibu tu...tengah khusyu' makan tembikai. Malam lepas selesai majlis akad nikah mak ngah...abes dah serabai rambut jantung hati ibu tu ye...ade plak botol susu 'aina interprem skali erk...kui3x!Masa ni tengah dok layan orang karaoke. Ibu pun tumpang karaoke satu lagu...Berkurun dah tak nyanyi...jenuh gaks ibu nak tarik tang part tinggi tu...rasa mcm sumbang mambang je...'aina tak kisah, janji dengar muzik dia goyang je badan...heh!

Model Kenduri Mak Ngah...

Ni la dia gambar terbaru 'aina...posing atas katil mak ngah ye sayang. Masa mak ngah n uncle emy busy amik gambar kat luar, 'aina plak busy posing kat bilik...kui3x! Cantik cadar kawen adik aku ni...100% cotton. Seronot si kenit ni dok guling2 kat katil tu...Selamat Pengantin Baru buat Marlina and Rahimy.

Wednesday, April 8, 2009

'Aina dah pandai jalan...

Alhamdulillah, akhirnya jantung hati ibu dan ayah, 'Aina Umairah Mohd Azuan...dah pun pandai jalan.Actually dah mula bertatih masa umo dia 15bulan 2 minggu. And now umo bb ibu dah nak masuk 16 bulan...(actually lg dua hari la ibu...), jauh gaks la 'aina jalan kan...tapi still kena tunggu kat depan sebb 'aina suka nak jatuhkan badan dia kalo dah penat jalan...Bertuah sungguh si kenit ni...lagi pasal 'aina:
1) Dah kenal banyak wild animal kat flash card (monkey, tiger, bat, lion, giraffe, panda, elephant...walaupun kdg2 terlupa gak kan 'aina...)
2) Dah kenal bunyi bird, chicken, duck, and cat
3) Dah pandai kira (satu, dua...tu je la setakat ni...heh)
4) Pandai wat action mengira, sebut belom pandai lg (one, two, three, four, five...yeay!!!)
5) Selera makan mcm dah nak pulih sket...(mcm2 ibu suap kat mulut kecik tu kan...)
6) Masih minum susu ibu (tapi dah campur susu dah, sob...sob...sob..)
7) Suka wat aksi2 manja mcm dalam iklan yang dia tgk kat tv (perangai sape la anak ibu ikut ni erk...)
8) Suka tido meniarap or menonggeng (ish, aksi ganas ni...tergelak nenda ngan tok ayah 'aina tgk tau)
9) Pandai sebut sejuk, bile bg sentuh air sejuk or ais
10) Dah pandai mengadu...('Aina tangan kenape merah2 ni..."sakit"...katanye sambil muncung2 mulut anak ibu tu)
rasanye setakat i dulu lah ye...lunch time dah nak abes, nak kena wat mcm2 report lg nih...adui la...!

Update pasal CD...

La ni ibu tengah bertungkus lumus meng "pre-wash" all the CDs...According to Sue Lunatots, CD kena dibasuh tanpa sabun 2 ke 3 kali sebelum guna bagi mendapatkan penyerapan yang sempurna. And now, ibu baru basuh 2 kali. Nak basuh kali ke-3, and jeng..jeng...jeng...lepas tu leh la 'Aina guna CD erk...Nnt lepas basuh ibu tepek la gambar2 CD tu kat sini untuk tatapan kawan2 ibu...
Ermn la i tengah booking date ngan Sue, mintak dia datang opis n terangkan panjang lebar pasal lunatots nih...And aku dah selamat mengumpulkan 7 orang untuk dengar celoteh Sue Lunatots tu nanti...Huhuhuh...bile la Sue nak bgtau date ni...(dah teruja den!)

Swim Mate

Ni la dia swim mate yang ibu beli untuk 'Aina. Thanks to Auntie Anne yang bersusah payah g kedai Arena n belikan baju renang ni untuk 'Aina. Yang bestnye, siap ade letak nama 'Aina kat packaging tuh...Heh!Belom try lg kat anak ibu, tapi rasa2nye mcm ok je ngan 'Aina. Insya allah this weekend ibu bawak 'Aina main air ok...Hmm...memula ibu nak belikan swimming neckering tapi tak jd lepas dinasihatkan oleh cikgu renang, Auntie Anne...(syukran ye Anne...)Camne la ghupenye anak ibu guna swim mate nih. Sure float dengan jayanye sebb kat belah depan n belakang tu ade floaties dia...Tak mahal pun baju ni. Kira berbaloi la beli sebb kalo 'Aina dah pandai float or swim, ibu boleh keluarkan floaties tu n terus jd baju renang kan...Tak payah susah2 nak beli yang baru...

Sunday, March 22, 2009

Cloth Diaper (CD)

Erm...la ni aku tengah bercadang nak tukar from disposable diaper (dd) to cloth diaper untuk 'Aina...Teruja lepas godek2 website Sue kat lunatots...heh! Thanks Sue, sebb sudi layan pertanyaan ibu 'Aina yang baru nak berjinak2 guna CD. Aku dah pun order 15 keping cd from Sue...tapi lom bayar lagik la...Insya allah aku bayar lepas gaji nnt...(la ni tengah kering, sebb bulan ni dah repair ketaku yang dah lama ku lenjan itew...!)Best baca pasal cd nih...mcm2 ilmu yang aku dapat...kalian, kalo free sila2 la jenguk ke www.lunatots.com ye (ooppsss...takpe ke Sue, Diana letak kat blog nih...?), Tak sabar nak mula guna cd. Leh bayangkan 'Aina terkedek2 guna cd yang mcm2 kaler tu...
Selain daripada dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar, guna cd ni pun bagus sebb takde bahan kimia dan boleh kurangkan kos penggunaan dd. Sbb cd leh basuh n boleh diturun ke generasi akan datang...(maksudnye adik2 'Aina nnt...Insya Allah, Amin...). Meh sini aku tepek gambar cd yang aku cilok dari blog Sue...untuk keterangan lanjut...panjang2kan la leher jenguk ke susuibu.com...(untuk perbincangan mengenai cd) dan juga ke lunatots.com untuk cara2 nak handle cd ni ok...

'Aina and the Gang at Aquaria

Minggu ni ayah n ibu bawak 'Aina g jenjalan kat Aquaria. G skali ngan sepupu 'Aina dari Melaka, kakak aleya, abang arif n adik fatin...Memula depa sampai confius je 'Aina sebb ramainye orang kat umah 'Aina...Dah lama2 baru dia ok, main skali...Ya Allah, meriah betul bawak bebudak kecik ni g Aquaria. Tak menang tgn nak pegang...Yelah time cuti skolah kan. Ramai la orang kat sana. Takut hilang je bebudak nih...Anyway...sampai gaks kakak ipar aku ngan family dia ke rumah kami...Jgn serik ye Kak Long datang umah Diana...Hehehe!

'Aina floating...

Cube tengok tu...Nampak gigi 'Aina yang empat batang tu...Seronok sgt dia dapat main air ngan ayah ye...Penat dah guna pelampung, ayah ajar 'Aina float plak...huhuhu! Merengek bile hubby angkat dia from pelampung. Tak mau kuar dari kolam...Kelakar betul si kenit nih. Interprem lak duck 'Aina dalam gambar ni...(nampak tak yang kuning tu, tapi kepala duck tenggelam plak...)

Bestnye dapat main air...

Huhuhu...akhirnya da gaks pujuk hubby bawak 'Aina main air semlm. Thanks abg...Seronok si kenit ni dapat main air ngan ayah dia.Terkekek2 'Aina gelak. Jelesnye ibu tak dapat join, gara cuti bulanan (kihkihkih). Actually dah lama beli pelampung ni for 'Aina. Tapi baru sekali guna hari tu, dah bocor plak. Terpaksa la Ayah 'Aina tampal bocor tuh, baru la dapat guna semula kan...Credit tu my lovely hubby! Since 'Aina tak takut air, aku plan nak belikan swimming neckering untuk si kenit ni blaja swim. So ibu n ayah takyah la nak pegang2 'Aina dah...Lagi seronok la dia sebb bebas gerak sensorang nnt erk...

Sunday, February 8, 2009

Aku redha dengan ujian-Mu Ya Allah...

Lambat plak update pasal citer 'Aina masa mula2 refuse direct bf...Genap umo dia setahun sebulan, tiba2 'Aina buat perangai tak nak direct bf...Ya Allah, tuhan je tau camne perasaan aku masa tuh...Sedih sampai menangis. Tak tau nape dia tiba2 suka sgt menggigit...Maybe sebb gusi dia gatal kot.Sakitnye!!!Seingat aku takde la plak aku marah or pukul masa'Aina menggigit...cuma ade skali masa tu tengah malam, aku terkejut n terjerit masa 'Aina gigit. Lepas tu dia menangis sekuat2nye...then lepas tu dia langsung tak nak bf. Nasib baik masa tu aku dah penah introduce susu soya sebotol dua kat Aina. Tengah mlm tu bg dia minum soya je. Then, esoknye terpaksa la aku bg soya melilea masa g nursery...Sedih tak tau nak cakap sampai menangis aku sebb rindu nak rasa 'Aina direct bf ngan aku...Doa banyak2 setiap kali lepas solat biar 'Aina lembut hati nak nyusu semula ngan aku...Dalam seminggu lebih gak aku terpaksa susukan 'Aina dengan susu formula plus susu aku yang aku pam...Luckily dia takde allergic pada susu lembu. Sayu je rasa hati setiap kali aku terpaksa susukan 'Aina dengan susu formula...Yelah dah setahun aku susukan dia, tiba2 'Aina reject susu ibu...???Aku naik risau sebb bile pam, dapat sikit je sbb langsung takde suction dr 'Aina. Then, satu malam tu masa 'Aina mamai tido, aku try bf dia...Suddenly, 'Aina terus suck. Ya Allah betapa bersyukurnye aku...Alhamdulillah, akhirnya berkat doa dan kesabaran, makbul gak doa aku nak susukan 'Aina semula...So now, kat nursery je 'Aina minum susu formula. Bile malam n time cuti 'Aina minum Susu Ibu.Alhamdulillah...

'Aina and her walker...

Taaraa...!!!!Ni la gambar terbaru 'Aina. Yeay, now 'Aina tengah training berjalan plak...Nak update sket perkembangan 'Aina:
1) Tengah giat memanjat sofa(paling suka panjat sofa dekat ngan tingkap, coz nak tgk luar)
2) Leka kalo letak dalam walker dia (sebb ade music&bunyi binatang...heh!)
3)'Aina, mana Tit Tot???Straight away dia akan tekan hon kat walker dia...
4) Da pandai cakap a few words (kasut/jatuh/tat(actually cat)/water/duck(teman masa 'Aina mandi...)/ayah/..bu and mcm2 lg
5) Dah pandai kiss, hug and shake hands
6) Gigi da tumbuh nak masuk 4 batang
7) Now da tak fully bf since 1 year & 1 months (merajuk sbb ibu terjerit coz 'Aina kuat menggigit...)
8) After 1 year ++ becomes picky eater...(dah kurus sebb tak nak makan nasi, sampai pening paler ibu...)
9) Suka makan cornflake+susu and suka makan roti kosong (sampai nursery cakap 'Aina anak orang putih, makan roti je...huh!)
10) Pantang nampak ibu or ayah on laptop (suka sangat tekan2 keyboard)
11) Pandai buat gaya mengira...one, two, three...
12) Suka main flash card dia (wild animal...lion/tiger/monkey/elephant...hihihi)
13)...??? nanti update lg k.

'Aina & Amsyar...

'Aina and her new friend, Amsyar Juzaili. Seronok tgk budak2 ni main. Walaupun 'Amsyar malu2 kucing masa mula2 jumpe...Masa ni di Kuala Terengganu, singgah rumah officemate lama masa kat Jalan Ipoh dulu. Sampai gak 'Aina n family ke rumah auntie Tini ye.Heh!Sampai umah Tini pun dah maghrib erk...Thanks Tini coz jamu kami ngan Nasi Dagang Kuala Terengganu. Sedaapp...!Kelakar je tengok 'Aina n Amsyar ni. Yang 'Aina punye la bising mulut bercakap mcm2, kontra ngan Amsyar...banyak senyum je kan...Masa dah nak balik baru baik nak main2 berdua...Insya allah kalo kami ke KT lg leh la singgah umah Auntie Tini & Amsyar ye.

Gelinye hati...

Ni masa 'Aina da masuk umo setahun 2 hari...Masih lagi belum boleh berjalan...Tengah sibuk merangkak n berdiri. No special celebration coz hubby n myself keje. Kesian anak ibukan...Just bawak 'Aina keluar jalan2 on weekend. Ibu beli muffin n bg 'Aina rasa je kan. Insya allah, umo 'Aina 2 tahun nnt kita celebrate ye sayang...

My Sweatie...

Masa ni umo 'Aina 11 mths +++.Amik gambar ni masa g office ayah 'Aina dekat Taman Permata. Saje nak bawak 'Aina g jenjalan. Sambil tu tolong hubby kemaskan office skali. Seronok 'Aina berlegar2 kat floor tu sensorang.Heh!Time susu n makan je 'Aina dok diam sekejap. Lepas tu penat la ibu dok main kejar2 ngan 'Aina. Lepas bg 'Aina makan ibu bawk g jenjalan Giant Melawati sat. Luckily ade standby baby sling...Kalo tak jenuh ibu nak dukung si kenit ni. Tak lama dok dalam sling, 'Aina dah terlelap. Dia memang senang tido kalo dalam sling. Tak sempat ibu nak tunjuk mcm2 kat anak ibu ni.Huhuhu!

Celotehku... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting