Wednesday, December 29, 2010

My 4th Wedding Anniversary

26 Disember 2010 - Alhamdulillah syukur pada Allah atas izin-Nya masuk tahun ke-4 perkahwinan kami berdua...Moga kebahagiaan dan kesejahteraan itu milik kami sekeluarga selamanya.

Pada suamiku: terima kasih tak terhingga kerana menjadi suami dan juga ayah kepada anak2 kita. Terima kasih untuk segala pengertian dan pengorbanan abang selama 4 tahun kita bergelar suami dan isteri. Moga cinta dan kasih sayang ini mekar sehingga hujung nyawa.

Pada anak sulung ibu, 'Aina Umairah permata ibu & ayah : pengalaman mengandungkan kakak selama 39 minggu merupakan pengalaman paling manis buat ibu...lahirnya kakak menjadikan ibu lebih mengerti pengorbanan seorang ibu dan juga lebih menghargai nenda dan juga tok ayahmu yang bersusah payah membesarkan ibu.
Pada baby 'Aisyah Raihanah kesayangan ibu dan ayah : terima kasih sayang kerana lahirnya adik menjadikan ibu lebih bersedia untuk menjadi ibu dan isteri yang terbaik buat anak2 tersayang dan juga suami tercinta.

Ibu letakkan gambar2 CINTA HATI IBU kat blog ni sebagai tanda kenangan2an.

SELAMAT ULANGTAHUN MY LOVELY HUBBY - MOHD AZUAN YUSOF -

Monday, December 27, 2010

'Aina 3rd Bday Bash@Rumah Nenda

Ni lah rupenye sambutan bday 'aina masa kat umah nenda...abis baby 'aisyah kena ulit pipi dia, sampai nangis la dia bile tgk ramai sgt orang...hehe!

Yang sebenar2nya majlis ni 2+1...kenduri doa selamat nenda yang dah semakin pulih dari operation dan juga sambutan cucu sulung nenda...kakak 'aina ni...seronok sgt 'aina masa ni sbb dikelilingi kakak2 dua pupu dia...ke sana ke sini kakak berlari ngan kawan2 ye...baby 'aisyah usha je dulu ye sayang...install memory dulu tau. nanti adik da besar, boleh main kejar2 dgn kakak plak ye...

Ibu nak ucapkan banyak2 terima kasih kat mak ngah yang sibuk goreng nugget kat dapur, makcik yang sibuk siap2kan kakak dan mak teh yang siap buat deco untuk bday kakak kali ni...mekasih gak kat paksu yang terpaksa g kedai beli nugget sebb tak cukup...hahaha!sian kat pak boy sbb tak sempat nak belikan hadiah untuk kakak gara2 bz dgn car washnya...Pasal hadiah plak...kakak dapat basikal baru dari ibu&ayah, beg skolah hello kittie from mak ngan dan RMXXX dari nenda&tok ayah..."terima kasih sume" kata kakak 'aina

Alhamdulillah, akhirnya nenda kakak dah pun semakin pulih dan ibu sgt2 gembira dengan perubahan ini...harap2 nenda akan semakin pulih dan dapat jalan mcm dulu2 kan...terima kasih pada semua yang terlibat untuk majlis ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung...

Wednesday, December 22, 2010

'Aina 3rd Birthday Bash@Taska Lembayung Qaseh

Selamat Ulangtahun Hari Lahir Kakak 'Aina Umairah...ni sambut kali kedua kita buat kat Taska la plak...bagi kakak enjoy makan kek ngan kawan2 dia...punye la suka anak dara sorang ni dapat cupcakes Barney...credit to Kak Arnie for the lovely cupcakes.
Terima kasih pada pihak Taska Lembayung Qaseh atas sambutan yang sgt2 meriah dengan hiruk pikuk suara anak2 yang sedang membesar...betapa mereka seronok meraikan sambutan hari lahir rakan mereka. Sungguh tulus dan ikhlas tika melihat wajah anak2 yang masih kecil dan amat2 memerlukan sepenuh perhatian dan juga didikan...terima kasih sayang untuk hadiah2 yang kalian berikan untuk 'Aina...kami sungguh hargai setiap pemberian itu...Tak ketinggalan jutaan terima kasih untuk pengasuh2yang bersusah payah menjaga anak2 ibu dgn penuh tanggungjawab...mereka juga tak lupe belikan hadiah untuk 'Aina...sgt2 terima kasih...
Moga Kakak jadi anak yang solehah dan jadi Kakak yang terbaik untuk adik tau...Doa ibu sentiasa mengiringi Kakak...ibu halalkan setiap titisan susu yang mengalir dalam tubuh Kakak dan Kakak adalah permata hati ibu dan ayah sama seperti adikmu 'Aisyah Raihanah...Andai suatu hari nanti Kakak terbaca blog ibu...ketahuilah sayang, kasih sayang ibu dan ayah tak berbelah bahagi untuk kakak dan juga adik...
----IBU & AYAH SAYANG KAKAK DAN ADIK----

Monday, December 20, 2010

TCB Family Bowling Day

First time bawak anak2 ibu berdua ni outing...alhamdulillah baby 'Aisyah dan Kak 'Aina sangat baik...kurang ragamnya masa TCB Bowling Day ni...jadi dapat la ayah dan ibu enjoy main boling hari tu...Gambar2 ni ibu amik daripada fb ofis ibu...insya allah free2 nnt ibu masukkan sket lg gambar dari camera ibu ye...sedondon warna baju ibu ngan ayah...baju anak2 je yang tak sedondon...janji anak2 ibu tau kasih sayang ibu dan ayah sentiasa untuk kakak dan adik tau...
--------Mereka adalah cinta hati saya selamanya---------

Thursday, December 16, 2010

My Wishlist

AUTUMNZ COOLER BAG
Ibu rasa kena tukar guna bag ni plak since ibu nak tambahkan bilangan botol susu nak bekalkan EBM baby kan...yang lama ibu guna Spectra Cooler Kit je...muat dalam 6 botol saiz 5 oz dan 1 chiller spectra yang kecil (jarak taska ngan umah dekat je...tingkat lain2 je pun...heh)
Bag ni sgt bagus sbb ada 2 compartment. Satu untuk letak pam dan satu lagi untuk botol susu. Jadi ibu cadang nak letak thermos makanan nnt dalam compartment pam susu tu...jd tak perla la bawak banyak2 bag masa hantar adik dan kakak pegi school kan sayang...
Lupe plak...bag ni ibu nak beli kat sini...

JINGLE JUNGLE BOTTLE

Ni plak ibu nak tambah koleksi botol baby 'aisyah...yang ni BPA Free tau dan harganya amat2lah berpatutan...boleh beli kat sini. Set yang ini dapat 12 botol...ibu nak ubah style bekalkan EBM untuk baby lepas ni...sekarang ibu bg 6 botol untuk 3 oz (ibu masuk opis pukul 9 dan balik dalam pukul 7 camtu). So kadang2 sekali minum tak abis 3 oz tu...sudahnye buang je la...Jadi ibu nak tambahkan bilangan botol tp kurangkan dari 3 oz kepada 2 oz untuk sekali minum. Ibu dah pun discuss ngan taska dan diorang pun dah setuju...

BABY CUBES

Ini ialah baby cube ibu nak beli dari sini. Dia ada saiz 1 dan juga 2 oz setiap satu cube...ibu nak beli yang saiz 1 oz punye...nak isi frozen puree yang nak dicampurkan dengan puri nasi nnt...mcm2 boleh dibekukan dan diisi dalam cube ni...esp sayur n buah2an...

THERMOS FOOD JAR

Yang ni plak bekas makan baby bile dah mula makan solid food. Dia muat untuk 10 oz n tahan panas untk 5 jam dan sejuk untk 7 jam. Ade jual kat sini. Harga pun takde la mahal sgt dan sgt cute bekasnya...

Wednesday, December 15, 2010

'Aisyah Raihanah - 4 month

Kali ni nak citer pasal baby 'Aisyah:

1) Masih minum susu ibu sepenuhnya

2) Tengah sibuk dok mengiring (kepala belum lepas lg nak meniarap)

3) Sibuk bercerita itu dan ini

4) Tak suka dok sorang2 (nak kena ade teman nak borak, kalo tak mula la uwaaa!!!)

5) Berat masa 4 bulan = 5kg dan 62cm panjang/tinggi (berat naik ok, cuma BMI tak cantik sbb tinggi n berat tak sesuai)

6) Sibuk hisap jari (jari telunjuk n jari tengah okeh!)

7) Pandai tengok tv esp kartun Barney (sama la ngan Kakak 'Aina dia)

8) Sgt suka main air (sengih2 je bile sampai time mandi...heh)

9) Bubbling all the time...

10) Yang penting...waktu tido masih berbedung...(heh...)

Celotehku... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting