Saturday, August 22, 2009

10 Mitos penyusuan susu ibu

Selamat pagi semua dan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak...Sebenarnya ibu ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Keluaran Pa&Ma, September 2009 tentang mitos pengusuan susu ibu. Teruskan membaca ye...

Sebenarnya tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yang mengelirukan para ibu terutamanya yang baru pertama kali menyandang gelaran itu. Ikuti 10 MITOS popular yang dibariskan oleh penulis HASNITA SAWAL.

1) Kebanyakan wanita tidak menghasilkan susu yang cukup
Tidak betul! Majoriti wanita mengeluarkan lebih daripada cukup susu untuk bayinya. Bahkan jumlah susu yang terbuang adalah biasa. Kebanyakan bayi yang bertambah beratnya terlalu perlahan atau kurang berat, bukan bermakna ibu tidak mempunyai susu yang cukup tetapi kerana bayi tidak mendapat susu yang dimiliki oleh ibu.
Alasan biasa bayi tidak mendapat susu kerana dia tidak melekap dengan betul pada payu dara ibu. Oleh itu, amat penting untuk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan yang betul semasa menyusu dari mereka yang pakar.

2) Tiada susu beberapa hari selepas bersalin
Alasan! Ia memang perkara biasa kerana bayi tidak melekap betul pada payu dara dan pastinya dia tidak dapat susu. Ada ibu yang merungut "Dia dah menyusu hampir dua jam tapi masih menangis lapar bila saya melepaskannya"
Malang sekali akibat kedudukan yang salah, bayi anda tidak mendapat susu awal iaitu kolostrum. Sebenarnya pada hari-hari pertama kelahiran, payu dara anda tidak akan mengeluarkan susu yang banyak. Yang hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal yang pekat yang mengandungi antibodi kepada bayi.
Lakukan perahan tangan jika anak tidak berjaya menyedut terus dari payu dara. Kemudian sudukan padanya kolostrum berkenaan. Sesiapa yang mencadangkan anda mengepam susu untuk mengetahui berapa banyak kolostrum yang keluar sebenarnya tidak faham tentang penyusuan!

3) Bayi perlu berada selama 20 minit tiap payu dara
Ia tidak betul. Bagaimanapun, perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payu dara' dan 'menyusu'. Jika bayi minum kira-kira 15 -20 minit pada sebelah payu dara, ia mungkin tidak mahu menyusu di sebelah lagi. Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payu dara yang awal, kemudian hanya menggunggis atau tidur, serta melakukan perkara yang sama bila bertukar pada sebelah lagi payu dara, maka tiada jumlah masa yang cukup boleh ditentukan.
Bayi boleh dibantu menghisap lebih lama apabila ibu menekap payu dara untuk membolehkan aliran susu lebih lancar, bila bayi tidak menelan dengan sendirinya. Jelas sekali, peraturan 'bayi mendapat 90% susu dalam masa 10 minit pertama menyusu' adalah tidak betul sama sekali.

4)Bayi yang menyusu badan perlu minum air masak
Salah! Susu ibu mengandungi semua kandungan air yang diperlukan oleh bayi.

5) Bayi yang menyusu perlu tambahan Vitamin D
Tidak betul, kecuali dalam kedaan yang luar biasa (contohnya, jika ibu sendiri kekurangan Vitamin D semasa hamil). Bayi menyimpan Vitamin D ketika dalam kandungan dan sedikit pendedahan di luar rumah memberikan bayi cukup Vitamin D.

6) Ibu perlu cuci puting setiap kali hendak menyusukan bayi
Bayi yang menyusu susu formula memerlukan penjagaanterperinci dalam soal kebersihan kerana ia tidak melindungi bayi daripada jangkitan, tetapi tempat terbaik membiak bakteria dan mudah dicemari. Sementara itu, susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan. Membasuh puting sebelum menyusukan membuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan darip puting.

7) Mengepam cara terbaik mengetahui berapa jumlah susu dimiliki
Berapa banyak susu yang boleh dipam bergantung kepada banyak faktor termasuk paras tekanan si ibu. Bayi yang menyusu dengan baik memperoleh lebih banyak susu berbanding yang dipam oleh ibu.

8) Wanita yang hamil mesti menghentikan penyusuan
Sekiranya ibu dan anak masih mahu, penyusuan boleh diteruskan. Ada wanita yang masih terus menyusukan anak yang tua walaupun selepas melahirkan bayi. Kebanyakan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila dia hamil kerana puring berasa sakit atau atas sebab-sebab lain tetapi dari segi perubatan tiada sebab untuk tergesa-gesa menghentikan penyusuan. Pengeluaran susu mungkin berkurangan ketika hamil, tetapi jika bayi anda sudah makan makanan pejal, ia biasanya tiada masalah.

9) Jika bayi cirit-birit atau muntah, ibu perlu menghentikan penyusuan
Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susu ibu. Hentikan makanan lain buat sementara tetapi teruskan penyusuan. Hanya susu ibu yang dikehendaki oleh bayi apabila diserang cirit-birit atau muntah-muntah kecuali sebab-sebab lain. Bayi lebih selesa dengan penyusuan berbanding menggunakan oral dehydrating solutions semasa diserang cirit-birit atau muntah-muntah.

10) Lebih mudah menyusu botol berbanding susu badan
Ia sememangnya tidak betul. Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bagi sesetengah wanita kerana dia tidak memulakan dengan betul. Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yang teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.

INFO TAMBAHAN
Jika ibu ada jangkitan seperti demam, batuk, muntah, cirit-birit, dia masih boleh meneruskan penyusuan kerana perlindungan terbaik bayi daripada dijangkiti adalah terus menyusu susu ibunya.

SEMOGA ENTRY INI DAPAT MEMBERI MANFAAT DAN JUGA MEMBINA KEYAKINAN PARA IBU UNTUK MEMBERIKAN HAK PADA SETIAP BAYI-IAITU MEMBESAR DENGAN SUSU IBU.

Friday, August 14, 2009

mydearshoppe...

Alhamdulillah, kira2 da sebulan lebih mydearshoppe online store dibuka. Di sini ibu nak ucapkan banyak2 terima kasih dari lubuk hati ibu yang paling dalam kepada para pengunjung mydearshoppe dan juga jutaan terima kasih kepada para pembeli CD luna yang telah membuat keputusan bijak untuk mencuba CLOTH DIAPER LUNATOTS. Sesungguhnya kalian telah memberi yang terbaik untuk Si Cilik. Dan juga telah menyumbang sedikit sebanyak kepada semangat HIJAU kan bumi kita...
Pada pengunjung yang pernah melawat personal blog ibu ini, dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CLOTH DIAPER serta bercita2 untuk mendapatkannya, boleh la singgah ke mydearshoppe online store ye. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak pengetahuan tentang cloth diapering.

salam sayang dari saya,
Mardiana Alias
http://mydearshoppe.blogspot.com
mydearshoppe@yahoo.com
YM: eye_diana
012-9306501

Celotehku... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting