Tuesday, August 9, 2011

Kisah Norma, Talib dan Baby Rafiq...

Sebaknya daku baca blog Moon pasal biras dia Norma yang terlantar sakit cancer otak stage 4...daku nak paste kan juga ke blog daku, untuk jadi tatapan dan juga pengajaran bersama...

Ya Allah Ya Tuhan ku...moga dipermudahkan lalulan Norma sekeluarga...sebak bile tgk baby rafiq yang tak dapat merasai khasiat susu ibunya...ada hikmah disebalik semua yang berlaku...

Sob..sob..sob...

Wednesday, June 15, 2011

Petangue 2011

Yea...tahun 2011 daku boleh kembali aktif bersukan setelah setahun daku bercoti sukan gara2 kena penyakit buatan orang a.k.a perbuatan encik somi daku lah ye...hehehe...2011 nama team daku ialah COBRA dengan tema warnanya merah & hitam...tiap2 tahun pun akan bertukar2 team dan setiap tahun jugalah daku akan terima t-shirt yang berlainan rema warnanye...tu yang best keje kat Tradewinds neh tau...banyak dapat t-shirt...hahaha!

Meh sini daku kongsi gambar2 masa daku main petangue ngan opismate2 daku ye...1st time daku main benda alah ni...erm...takde lah susah sgt nak main dia...main baling2 bola je...hahaha:

jom layan gambar ye...

Nak kenduri ke nak main neh...?

Poyozzer...

Daku yang sudah gumuks okeh!

Gaya, mutu dan keunggulan

Cayalah lah Mandique

Sawang???

Assalamualaikum...sudah lama daku tak menulis di blog ni...terasa rindu plak nak berceloteh di sini...sambil menunggu kekasih hati daku menjemput, elok rasanya daku menghilangkan sawang di blog daku ni kan...

Erm...ape ye nak diceritakan....sebenarnya sgt banyak cerita tertunggak yang daku ingin kongsikan bersama...cuma masa sgt2 terhad membuatkan daku bertangguh2 untuk menulis...Insya allah apabila segalanya reda nnt akan daku kembali aktif menulis di sini...

Hari ni adalah hari pertama daku berpuasa...huhuhu!Sgt penat rasanya...mungkin hanyalah mainan perasaan...sape kata ibu yang menyusukan anak tidak boleh berpuasa, yang penting kena kuatkan semangat yang kita boleh dan mampu berpuasa seperti orang lain juga...

Camne nak puasa pastu nak pam susu juga masa kat ofis...???Kan tak boleh nak makan dan minum...Terus terang mmg daku akan segera meneguk air dan juga menjamah apa saja makanan yang ada depan mata selepas daku mengepam susu di ofis...tapi itu di kala daku tidak berpuasa ye kalian. lain pula jadinya bila daku berpuasa...lepas pam...tidak la pula rasa terlalu lapar ataupun terlalu dahaga...bohong kalo daku katakan daku tidak haus langsung ye kalian...tapi daku kena set kan minda bahawa, walaupun berpuasa, mengepam masih jua perlu ku lakukan sekiranya daku tak mahu susu daku kering dan impian daku nak menyusukan anakku 'aisyah tak kesampaian sehingga usianya 2 tahun...(Ya Allah, daku bermohon agar Kau perkenankan hajat ku yang satu ini)

Tuesday, April 26, 2011

Baby/Toddler Recipes

Saje nak letak link ni kat sini...banyak info yang sgt2 berguna...click kat sini ye...

Wednesday, December 29, 2010

My 4th Wedding Anniversary

26 Disember 2010 - Alhamdulillah syukur pada Allah atas izin-Nya masuk tahun ke-4 perkahwinan kami berdua...Moga kebahagiaan dan kesejahteraan itu milik kami sekeluarga selamanya.

Pada suamiku: terima kasih tak terhingga kerana menjadi suami dan juga ayah kepada anak2 kita. Terima kasih untuk segala pengertian dan pengorbanan abang selama 4 tahun kita bergelar suami dan isteri. Moga cinta dan kasih sayang ini mekar sehingga hujung nyawa.

Pada anak sulung ibu, 'Aina Umairah permata ibu & ayah : pengalaman mengandungkan kakak selama 39 minggu merupakan pengalaman paling manis buat ibu...lahirnya kakak menjadikan ibu lebih mengerti pengorbanan seorang ibu dan juga lebih menghargai nenda dan juga tok ayahmu yang bersusah payah membesarkan ibu.
Pada baby 'Aisyah Raihanah kesayangan ibu dan ayah : terima kasih sayang kerana lahirnya adik menjadikan ibu lebih bersedia untuk menjadi ibu dan isteri yang terbaik buat anak2 tersayang dan juga suami tercinta.

Ibu letakkan gambar2 CINTA HATI IBU kat blog ni sebagai tanda kenangan2an.

SELAMAT ULANGTAHUN MY LOVELY HUBBY - MOHD AZUAN YUSOF -

Monday, December 27, 2010

'Aina 3rd Bday Bash@Rumah Nenda

Ni lah rupenye sambutan bday 'aina masa kat umah nenda...abis baby 'aisyah kena ulit pipi dia, sampai nangis la dia bile tgk ramai sgt orang...hehe!

Yang sebenar2nya majlis ni 2+1...kenduri doa selamat nenda yang dah semakin pulih dari operation dan juga sambutan cucu sulung nenda...kakak 'aina ni...seronok sgt 'aina masa ni sbb dikelilingi kakak2 dua pupu dia...ke sana ke sini kakak berlari ngan kawan2 ye...baby 'aisyah usha je dulu ye sayang...install memory dulu tau. nanti adik da besar, boleh main kejar2 dgn kakak plak ye...

Ibu nak ucapkan banyak2 terima kasih kat mak ngah yang sibuk goreng nugget kat dapur, makcik yang sibuk siap2kan kakak dan mak teh yang siap buat deco untuk bday kakak kali ni...mekasih gak kat paksu yang terpaksa g kedai beli nugget sebb tak cukup...hahaha!sian kat pak boy sbb tak sempat nak belikan hadiah untuk kakak gara2 bz dgn car washnya...Pasal hadiah plak...kakak dapat basikal baru dari ibu&ayah, beg skolah hello kittie from mak ngan dan RMXXX dari nenda&tok ayah..."terima kasih sume" kata kakak 'aina

Alhamdulillah, akhirnya nenda kakak dah pun semakin pulih dan ibu sgt2 gembira dengan perubahan ini...harap2 nenda akan semakin pulih dan dapat jalan mcm dulu2 kan...terima kasih pada semua yang terlibat untuk majlis ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung...

Wednesday, December 22, 2010

'Aina 3rd Birthday Bash@Taska Lembayung Qaseh

Selamat Ulangtahun Hari Lahir Kakak 'Aina Umairah...ni sambut kali kedua kita buat kat Taska la plak...bagi kakak enjoy makan kek ngan kawan2 dia...punye la suka anak dara sorang ni dapat cupcakes Barney...credit to Kak Arnie for the lovely cupcakes.
Terima kasih pada pihak Taska Lembayung Qaseh atas sambutan yang sgt2 meriah dengan hiruk pikuk suara anak2 yang sedang membesar...betapa mereka seronok meraikan sambutan hari lahir rakan mereka. Sungguh tulus dan ikhlas tika melihat wajah anak2 yang masih kecil dan amat2 memerlukan sepenuh perhatian dan juga didikan...terima kasih sayang untuk hadiah2 yang kalian berikan untuk 'Aina...kami sungguh hargai setiap pemberian itu...Tak ketinggalan jutaan terima kasih untuk pengasuh2yang bersusah payah menjaga anak2 ibu dgn penuh tanggungjawab...mereka juga tak lupe belikan hadiah untuk 'Aina...sgt2 terima kasih...
Moga Kakak jadi anak yang solehah dan jadi Kakak yang terbaik untuk adik tau...Doa ibu sentiasa mengiringi Kakak...ibu halalkan setiap titisan susu yang mengalir dalam tubuh Kakak dan Kakak adalah permata hati ibu dan ayah sama seperti adikmu 'Aisyah Raihanah...Andai suatu hari nanti Kakak terbaca blog ibu...ketahuilah sayang, kasih sayang ibu dan ayah tak berbelah bahagi untuk kakak dan juga adik...
----IBU & AYAH SAYANG KAKAK DAN ADIK----

Celotehku... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting